Jumaat, 19 Disember 2014
Jumaat, 5 Disember 2014
ARTIKEL KHALIF MUAMMAR: 26 NOVEMBER 2014 @ FACEBOOK
Kesan positif terhadap liberalisme yang diwar-warkan oleh kelompok liberal harus dipertimbangkan semula dengan kesan-kesan ngatif yang dibawa seiring dengan pemahaman liberalisme. Kelompok liberalisme di kalangan Islam harus pandai untuk memisahkan kesan positif dan negatif ini supaya tidak tersalah fahamkan dengan cara berfikir dan cara hidup sebagai seorang Islam. Sejak mulanya peradaban golongan bijak pandai Islam seperti Ibn Khaldun, al-Ghazali dan lain-lain telah memperkatakan tentang kebebasan beragama, kedaulatan undang-undang dan konstitusionalisme dalam peradaban sejarah Islam. Oleh itu, secara asalnya, ia meruapakan idea dari sarjana Islam dalam peradaban mereka.
Liberalisme membawa kesan negatif kepada umat Islam kerana pemahaman liberalisme yang dibawa oleh Barat berbeza dengan pandangan hidup Islam. Secara asasnya, golongan liberal menerima satu fahaman sekularisme yang mana memisahkan agama dari kehidupan masyarakat umum iaitu agama hanya dijalankan di institut keagamaan sahaja. Ceteknya akal untuk menerima liberalisme sebagai pendapat dalam pemikiran individu beragama terutamanya Islam menjatuhkan maratabat agama secara umum. Hal ini demikian, risiko membelakangkan agama mengikut al-Quran dan Sunnah seterusnya bertindak mengikut hawa nafsu seperti yang berlaku dalam acara "I Want to Touch a Dog" yang mana dianjurkan oleh masyarakat Islam. Islam liberal yang diperkatakan tidak sewajarnya diikuti kerana ia memberi satu penanda akan kebebasan untuk memanipulasi peraturan dan hukum agama yang telah ditetapkan.
Kebebasan yang diperjuangkan liberalisme yang mana merangkumi kebebasan beragama sewenangnya dimanipulasi untuk kepentingan diri sendiri dengan menolak prinsip ketauhidan dan ayat-ayat al-Quran yang merupakan kebenaran umat Islam. Demokrasi yang diperjuangkan perlulah secara sepenuhnya mengikut sistem politik Islam agar ianya tidak terpesong dari landasan agama Allah supaya tidak dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Dalam perspektif ini, manipulasi terhadap undang-undang sivil dan syariah seakan mengimejkan liberalnya dalam hukum agama Islam yang dipraktikkan seperti golongan lelaki yang dibenarkan memakai seperti wanita di tempat awam memberi tanggapan yang buruk bahkan salah di sisi agama Islam. Oleh itu, kesan negatif perlu dipertimbangkan dalam menitikberatkan sesuatu keputusan yang diambil supaya pegangan hidup Islam yang diperjuangkan tidak disiakan.
Khamis, 4 Disember 2014
"THE WORLDVIEW OF ISLAM" SEBAGAI "FRAMEWORK STUDI ISLAM"
OLEH HAMID FAHMY ZARKASYL
Artikel oleh Hamid Fahmny Zarkasyl menyentuh 'worldview of Islam' dalam pendekatan kerangka kajian dalam perspektif Islam. Pemahaman terhadap 'worldview of Islam as a framework studies' merupakan satu kaedah kajian yang berpaksikan kepada perincian Islam. Secara lahiriahnya Islam tidak dibangunkan mengikut zaman seperti Barat yang membangunkan bidang ilmunya mengikut zaman iaitu Zaman Gelap, Zaman Pertengahan, Zaman Reinassance dan sebagainya. Islam meiputi keseluruhan hidup manusia yang mana telah diberi tunjuk ajar kepada umat Islam dalam jalan hidup mereka di dunia dan akhirat termasuk dalam pembelajaran dunia yang dituntut oleh Islam. Dalam perspektif ini, "Islam is a Way of Life" ungkapan yang meliputi segala perincian kehidupan dari aspek pemikiran, perbuatan, pembelajaran dan pengkritikan yang dilakukan dalam kehidupan seharian.
Hamid Fahmy Zarkasyl telah membahagikan beberapa aspek 'worldview of Islam as a framework studies':
- Pandangan hidup sebagai bangunan konsep
- Pandangan hidup Islam sebagai asas epistemologi
- Worldview Islam basis Peradaban
- Worldview sebagai framework studi filsafat Islam
Berdasarkan empat aspek yang diketengahkan, saya tertarik dengan pemahaman terhadap pandangan hidup sebagai bangunan konsep yang mana ia menerangkan mengenai konsep pengetahuan yang ditimba oleh seseorang melalui jaringan fikiran (mental network) yang akhirnya dikembangkan dan membentuk kerangka berfikir (mental framework). Pemahaman yang dilihat di sini, apabila seseorang individu menimba sesuatu ilmu sedari kecil dan dikembangkan mengikut peningkatan umur dan penambahan ilmu pengetahuan terhadapnya akan mengembangkan pemikiran individu tersebut. Oleh itu, ia merupakan satu proses berfikir iaitu penambahan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang mana terdiri daripada kepercayaan, aspirasi, idea-idea dan sebagainya yang akhirnya membentuk satu konsep yang saling berkaitan.
Jaringan fikiran dari pelbagai aspek dari pengetahuan individu itu akan membentuk pandangan hidup individu tersebut. Struktur pemikiran individu tersebut akan membentuk konsep-konsep berfikir yang saling berhubungan. Apabila individu tersebut menerima sesuatu pengetahuan, struktur fikiran akan menerima dan menolak perkara yang sesuai dengan pandangan hidup yang telah dibentuk.
Dalam konteks ini, struktur pandangan hidup dari Islam meliputi konsep hakikat Tuhan, wahyu, penciptaan, jiwa manusia, ilmu, agama, kebebasan, nila dan kebajikan dan juga konsep kebahagiaan. kesemua konsep-konsep ini akan membentuk satu kesatuan pandangan hidup Islam yang dapat digunakan bagi penafsiran makna kebenaran dan realiti, Konsep-konsep ini akan membantu dalam pembangunan kerangka untuk mengkajia sesuatu dalam konteks pandangan hidup Islam. Contohnya dlam zaman kini, negara Brunei telah melaksanakan hukum Hudud yang mana mengikut ajaran Islam secara total dalam negaranya. Ajaran Islam yang diterapkan kepada umat Islam dan diamalkan sebagai pandangan hidup masyarakat Islam.
OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE OLEH SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Perspektif 'worldview' mennurut Islam bertentangan dengan padangan 'worldview' barat yang mana barat mengetengahkan modenisasi dan kemajuan tamadun mereka. Sudut pandangan barat berbeza dengan pandangan 'worldview' dalam Islam dari aspek-aspek pembangunan tamadun seperti pensejarahan, politik, sosial, kebudayaan dan sebagainya untuk melihat sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Sudah tentu terdapat perbezaan dari pandangan hidup Islam dan Barat. Perihal ini secara jelas Islam meliputi keseluruhan cara hidup manusia berasaskan al-Quran dan Sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Barat pula memandang kepada pencapaian dan modenisasi masyarakat. Pandangan hidup dalam Islam merangkumi dunia dan akhirat. Dalam erti kata lain, umat Islam perlu mempercayai bahawa dunia merupakan persinggahan dan akhirat adalah kekal. Kontras dengan kepercayaan Barat kemajuan dunia adalah kekal.
'Worldview' dalam Islam bersandarkan kepada realiti yang telah diterangkan oleh Allah Yang Esa diutuskan oleh nabi Muhammad s.a.w. melalui wahyu. Umat Islam wajib mempercayai apa yang terkandung di dalam al-Quran sebagai pengangan kehidupan dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. sebagai rujukan. Oleh itu, pandangan hidup Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan walhal Barat pula menjalankan pandangan hidup mereka berasaskan modenisasi. Dalam perspektif ini, hipotesisnya terhadap pandangan hidup Barat, apabila modenisasi berubah maka pengangan hidup mereka juga berubah mengikut pandangan logik mereka dan seterusnya tiada pengangan yang tetap dalam menentukan pendirian secara keseluruhan dalam hidup. Contohnya, manusia diciptakan berpasangan antara lelaki dan perempuan. Apabila timbul perkahwinan sejenis yang dibenarkan oleh Barat berasaskan pandangan logik; perkahwinan dibina atas dasar cinta tidak mengenal rupa, siapa dan apa. tidak hairanlah juga terdapat manusia yang berkahwin dengan kebendaan seperti yang pernah dilakukan oleh masyarakat Barat.
Langgan:
Catatan (Atom)