TEKS DAN MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN
OLEH PROF. SOLEHAH ISHAK.
Teks
dan pementasan adalah dua buah medium yang berbeza kepenggunaannya. Teks hanya
membalikkan semula sebahagian cerminan budaya daripada maknanya. Sebahagian
lagi akan dibalikkan oleh pementasan. Tafsiran pengarang terhadap kepengarangan
teks berkemungkinan berbeza tambahan pula jika tokoh yang mengarang dan
mementaskan adalah berbeza. Makna teks yang disampaikan lebih tepat disampaikan
oleh pengarang teks. Hal ini demikian, pengarang teks lebih memahami mesej dan
pemikiran yang ingin disampaikan.
Bentuk
teks terbahagi kepada tiga iaitu deklaratif, imperatif dan interogratif. Secara
kasarnya ianya merupakan peningkatan pemahaman terhadap teks drama. Imperatif
tidak meliputi isi tersirat yang mana ianya mudah difahami, imperatif pula
meliputi isi tersurat dan tersirat di dalam teks dan interogratif pula meliputi
simbolisme dan absurdisme seerti mimpi dalam mimpi. Ketiga-tiga bentuk teks
drama ini membawa makna tersendiri juga merupakan satu wacana persoalan
kehidupan mahupun cerminan sesuatu isu. Menurut Solehah Ishak, “...teks yang
sama, pementasan drama yang sama, boleh menimbulkan interpretasi dan makna yang
berbeza kepada khalayaknya.” Dalam perspektif ini, tafsiran pengarah terhadap
teks drama berkemungkinan berbeza dengan pengarang teks drama. Sebaliknya jika
pementasan tersebut dipentaskan oleh pengarang teks drama. Oleh itu, khalayak
menerima pelbagai variasi makna teks drama mengikut teks mahupun pementasan
drama tersebut. Dalam konteks ini, kepelbagaian tafsiran makna teks oleh
khalayak bergantung kepada latar belakang khalayak untuk menerima mesej mahupun
pemikiran yang disampaikan oleh pengarang atau pengarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan